Tuesday, August 25, 2009

1957 Hati Malaya


Sesuai dengan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara yang ke 52 Tahun. Filem 1957 Hati Malaya Haruslah ditonton untuk menyorot kembali lipatan Sejarah dimana kebangkitan Orang-orang Melayu Bersatu menentang Gagasan Malayan Union di dalam satu Pertubuhan iaitu UMNO dan menuntut Kemerdekaan Negara yang tercinta ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut Filem ini hendaklah ditonton dan akan ditayangkan pada 30 Ogos 2009 jam 10 malam di TV2 atau astro 102. Jangan Ketinggalan menonton Filem ini.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Seluruh warga UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat Mengucapkan Salam Ramadhan Kepada pengunjung Blog ini. Semoga Ramadhan Tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan yang lepas.Selamat Berpuasa.

Friday, August 7, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


1- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

DAULAT TUANKU!!!DAULAT TUANKU!!!DAULAT TUANKU!!!!