Sunday, May 17, 2009

Majlis Siri Jelajah Pemuda UMNO Kuala Langat siri 3 DUN Morib






Majlis Siri Jelajah dan taklimat khas sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Kuala Langat oleh Pemuda UMNO Kuala Langat siri 3 DUN Morib Telah diadakan pada 15 Mei 2009 di Dewan Sri Cempaka berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Bacaan surah Yaasin, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah bersama ahli kariah surau terbabit di Surau Sri Cempaka. Selepas selesai solat semua Pemuda beramah mesra bersama ahli kariah surau sambil menikmati juadah yang telah di sediakan bersama kepimpinan Pemuda UMNO Kuala Langat dan Ketua UMNO Bahagian iaitu YBhg Dato' Sulaiman Hj Karli. Selesai menikmati juadah Semua Pemuda bergerak ke Dewan Sri Cempaka untuk sessi Taklimat yang di sampaikan oleh pimpinan Pemuda UMNO Kuala Langat. Majlis berakhir pada jam 12.00 mlm. Diharap program-program seperti ini akan dapat di perbanyakkan dan kerap dilakukan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi penduduk-penduduk serta dapat mengetahui permasalahan yang telah berlaku di tempat-tempat yang berkenaan. Akhir kalam salam perjuangan dan teruskanlah aktiviti-aktiviti yang baik demi Agama, Bangsa dan Negara.

No comments: