Saturday, May 23, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama YB Tuan Ahmad Maslan




Satu program ramah mesra bersama YB Tuan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama barisan Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Langat dan UMNO Cawangan di Bahagian Kuala Langat telah diadakan pada 20 Mei 2009 jam 8.30 malam di Dewan Sri Jugra Telok Datuk. Program ini adalah untuk memberi dorongan dan semangat kepada semua Ketua Penerangan Bahagian dan Ketua-ketua Penerangan UMNO Cawangan dan sayap-sayap UMNO untuk bergerak memberi info-info tentang keadaan semasa UMNO kepada seluruh ahli-ahli dan pengundi-pengundi. YB Tuan Ahmad Maslan juga telah memberi input-input dan formula-formula yang berkesan untuk dijadikan panduan kepada seluruh ketua-ketua Penerangan. Majlis sebegini adalah di harap dapat di anjurkan dengan lebih kerap supaya peringkat akar umbi dapat mengetahui tentang isu-isu yang kurang di fahami. Ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kelompok akar umbi dan Barisan Kepimpinan UMNO Malaysia

No comments: