Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H


Seluruh warga UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat Dengan penuh takzim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh pengunjung blog ini dan seluruh ahli UMNO di Malaysia. Andai ada salah dan silap Kami Warga UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf. Semoga Aidilfitri tahun ini adalah hari untuk kita seluruh umat Melayu bersatu untuk bersama-sama mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara yang amat dicintai ini.

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 Tahun Dari Warga UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat. Semoga Kemerdekaan yang dicapai dapat dikekalkan dan Keharmonian semua kaum di Malaysia dapat di Harmonikan demi menyahut cabaran 1Malaysia.

MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!

MOSSAD SUDAH ADA DI MALAYSIA

NOTA PENULIS : AGAK SIBUK SEKARANG INI, BANYAK ANALISIS GAGAL DISIAPKAN JADI UNTUK SEMENTARA BACALAH AYAT-AYAT PENCUCI OTAK SEPERTI DI BAWAH INI.UNTUK PEMBACA SEKELIAN ADA DUA PERKARA MENARIK YANG TELAH BERLAKU DAN AKAN BERLAKU,
1. MIG 29 AKAN DITARIK DARI PERKHIDMATAN (RAMALAN BLOG INI TEPAT NAMPAKNYA WALAUPUN RAMAI ORANG MENGKRITIK SAYA KONONNYA TIDAK LOGIK) DAN 2. DALAM SEBULAN DUA INI KERAJAAN AKAN UMUMKAN PENYAMBUNGAN PEMBELIAN HELIKOPTER BARU IAITU EC725.
1. Sahabat baik saya, blogger ondscene.via.my baru-baru ini mengajak saya untuk ke Tebing Gaza, Palestin bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 7 Julai ini.
2. Saya bersetuju tetapi saya tidak pasti sama ada projek ini jadi atau tidak atau statusnya ditangguhkan dahulu, harap-harap jadilah pasal sudah lama saya tidak berada di zon panas atau kawasan perang.
3. Bercakap tentang Tebing Gaza ini kita tidak dapat lari dari membincangkan soal zionisme, Hamas dan Fatah.
4. Kita selalu mengutuk orang Arab, "Pasal orang Arab berpecahlah, mereka kalah pada Israel" kata mak saya puluhan tahun dahulu semasa saya masih kecil. "Orang Arab susah nak bersatu, perang sesama sendiri, bodoh", kata seorang lagi saudara saya yang ketika itu sedang mengulas mengenai peperangan Iraq dengan Iran.
5. Masa itu orang Melayu tidak banyak karenahnya...semua bersatu dan kaum majoriti lain senyap tunduk hidup menimba kekayaan di bawah kuasa orang Melayu. Saya amat berbangga kerana kita tidak berpecah.
6. Hari ini??? nak angkat telunjuk pun kita takut...orang pijak agama kita pun, masih diberi ruang dan di satu pihak lain, mereka menanamkan perasaan benci sehingga orangramai mengesyaki apa sahaja yang dibangun di tanahair ini mesti ada kaitan dengan rasuah, kronisme, nepotisme.
7. Baguslah nampaknya zionisme sudah mula bertapak dan memecahkan bangsa kita, sama seperti yang terjadi di Iran sekarang ini apabila golongan muda dan pelajar universiti mula menentang kerajaan Iran di bawah pimpinan Mahmoud Ahmadinejab.
8. Ironikan???? setiap kali ada pemimpin Islam yang hebat seperti Mahathir dan Mahmoud, negara itu akan menjadi sasaran kuasa asing yang memulakan gerakan yang dinamakan Gerakan Rakyat, segalanya berpaksikan kepada rakyat kononnya.
9. Melalui gerakan rakyat ini apabila kerajaan ditumbangkan, kuasa-kuasa asing ini mudahlah meletakkan orang-orangnya dan gerakan rakyat ini akan lebih berjaya jika kerajaan yang berkuasa pada hari itu merupakan kerajaan yang lemah macam pimpinan Datuk Abdullah Ahmad Badawi kita.
10.Kuasa asing ini dahulu cuba melemahkan China komunis melalui pergerakan pelajar tetapi kerajaan China menghancurkan gerakan ini dalam peristiwa Medan Tianemen, semua di atas nama KEBANGKITAN RAKYAT.
11.Alangkah daifnya bangsa kita, mudah sajak diomok-omokkan tanpa menyedari jika segalanya tertegak kerana amalan rasuah...negara ini sudah lama hancur dan hilang jati diri seperti yang terjadi kepada negara tertangga kita.
12.Semasa di ITM, saya suka subjek Pengajian Islam kerana banyak menceritakan kisah-kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar Islam dari Umaiyah sampailah ke Othamaniah, banyak juga kisah sejarah yang boleh kita baca dalam buku-kuku untuk Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).
13.Semua bermula dengan perpecahan dan perpecahan bermula dengan soal remeh temeh seperti pemimpin A tidak Islamik kerana isterinya tidak memakai tudung. Kerajaan ini (Bukan Barisan Nasional OK?) tidak amanah kerana makan duit rakyat (well...boleh sesiapa ceritakan pada saya apa Duit Rakyat tu?)
14.Mossad (HaMossad leModi'in uleTafkidim Meyuhadim ataupun Institute for Intelligence and Special Operations), cabang perisikan untuk Zionis sudah pun berada di Malaysia, tanahair kita semua.
15.Saya ingatkan di sini Mossad ya, bukan orang Yahudi biasa.Jadi kepada sesiapa yang melenting ini perlu saya ingatkan, saya tidak memusuhi orang-orang Yahudi, saya cuma menentang fahaman Zionis, protokol mereka, militari Yahudi dan politician Yahudi.
16.Untuk memahami pemikiran Yahudi dan agenda mereka yang dimulakan lebih 100 tahun dahulu, bacalah buku Protocol of Zion dan The International Jew (karangan Henry Ford, pengasas kereta Ford), jadi kita akan lebih memahami apa yang berlaku.
17.Pendirian ini sama pegangan saya terhadap Amerika Syarikat (AS), saya tidak membenci warganegara AS biasa tetapi CIA dan dasar-dasar kerajaan AS terhadap orang Islam.
18.Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh kawan saya seorang wanita Hindu yang berkerja dengan sebuah stesyen TV swasta.
19.Saya ada menemui kawan saya ini yang bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pertemuan itu berlaku selepas beliau pulang dari membuat liputan kesan-kesan peperangan di Lubnan pada tahun 2006 sebaik sahaja Hezbollah berjaya mengundurkan kemaraan tentera Israel.
20.Atas sebab-sebab perundangan dan keselamatan, tidak dapatlah saya dedahkan nama beliau di sini tetapi kepada pembaca yang mengenali saya secara peribadi, bolehlah tanyakan hal ini semasa kita sembang-sembang minum teh tarik.
21.Sebelum itu maafkan saya kerana ada beberapa nama dan fakta yang beliau sampaikan pada saya, saya gagal mengingatinya, lupa kerana kisah ini sudah lama dan saya tidak mempunyai kepentingan semasa itu untuk mencatatkan maklumat yang beliau sampaikan.
22.Semasa di Lubnan, kawan saya ini memberitahu bahawa orang-orang Hezbollah amat menghormati rakyat Malaysia dan pemimpin negara ini malah melayani wartawan dari Malaysia dengan baik.
23.Dalam baik-baik pun, pegawai Hezbollah terpaksa mengambil pita rakaman dari kamera beliau atas sebab-sebab keselamatan tetapi beliau di jemput untuk minum teh bersama seorang pemimpin kanan Hezbollah (saya tidak ingat nama pemimpin ini).
24.Rakan saya ini bersama krew yang bersama beliau dibawa ke sebuah bangunan yang agak buruk tetapi hiasan dalamannya sangat mewah dan menarik seperti hotel lima bintang.
25.Selepas jenuh melayan pertanyaan dari rakan saya ini, pemimpin itu mengingatkan supaya rakan saya ini berhati-hati apabila kembali ke Malaysia terutama sekali dengan ancaman Mossad.
26.Beliau sangat terkejut tetapi memandang remeh kepada amaran pemimpin ini, alasan rakan saya sangat mudah, "Apa yang mereka boleh buat...pengaruh kami bukan besar, siaran TV kami hanya untuk rakyat Malaysia sahaja dan bukan setaraf CNN", begitulah lebih kurang alasan yang beliau berikan.
27.Pemimpin Hezbollah itu mengingatkan, "Benar tetapi kamu tidak sepatutnya memandang remeh peranan yang telah kamu serta negara kamu mainkan terhadap perjuangan kami".
28.Beberapa minggu selepas kembali ke Malaysia, kawan saya ini pergi ke KLCC untuk lepak di kedai buku (Kedai buku dekat tingkat teratas pusat membeli belah Suria KLCC, nama Jepun tidak ingat namanya).
29.Beliau dihampiri oleh seorang lelaki yang kelihatan "very intelligence", berbangsa seperti Arab.
30.Lelaki ini menyapa beliau dan selepas bersembang beberapa minit, mereka bersetuju untuk minum di cafe berhampiran.
31.Lelaki ini banyak bertanyakan hal-hal peribadi kepada beliau termasuk perjalanan beliau ke Lubnan.
32.Rakan saya ini mengesyaki dua lelaki di meja belakang yang duduk amat rapat dengan meja mereka mungkin merupakan rakan lelaki yang seperti wajah Arab ini.
33.Yang amat mengejutkan, lelaki terbabit dalam berkata-kata manis turut menyelitkan nasihat berunsur ancaman.
34.Selepas kejadian itu, rakan saya pulang dan menghubungi editor bertugas untuk mendapatkan nasihat dan kalau tidak silap saya, satu laporan polis telah dibuat oleh beliau.
35.Ketika menceritakan hal ini kepada saya dan beberapa rakan lain, kami bersetuju dengan andaian bahawa agen Mossad sebenarnya berada di negara ini tanpa disedari kita semua dan kita jangan lupa bahawa terdapat tanah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang dan sebuah lagi di Negeri Sembilan.
36.Ada beberapa persoalan yang menarik yang selalu saya fikirkan, 1. Bagaimana lelaki ini berjaya "identify" wajah rakan saya, 2. Bagaimana lelaki ini tahu tempat kegemaran kawan saya pergi 3. Bagaimana lelaki ini berjaya mengekori beliau 4.Modus operandi apakah yang mereka pakai untuk memulakan operasi sulit mereka di Malaysia.
37.Dari pengalaman saya sendiri, bukan mudah untuk mengekori atau mendapatkan maklumat tentang sasaran kita (orang yang kita hendak intip) kerana ia tidak mungkin boleh dijayakan tanpa bantuan orang tempatan sendiri.
NOTA : BERBANDING NEGARA-NEGARA ARAB LAIN, MALAYSIA MELARANG KEMASUKKAN RAKYAT ISRAEL KE MALAYSIA DENGAN ALASAN NEGARA INI TIDAK MENGIKTIRAF PENUBUHAN NEGARA ITU DI ATAS TANAH PALESTIN.KEMASUKKAN MEREKA JIKA BERLAKU MUNGKIN MENGGUNAKAN PASPOT NEGARA LAIN DAN MELALUI SINGAPURA.

p/s : Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudaraku!!!!!.....

Tuesday, August 25, 2009

1957 Hati Malaya


Sesuai dengan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara yang ke 52 Tahun. Filem 1957 Hati Malaya Haruslah ditonton untuk menyorot kembali lipatan Sejarah dimana kebangkitan Orang-orang Melayu Bersatu menentang Gagasan Malayan Union di dalam satu Pertubuhan iaitu UMNO dan menuntut Kemerdekaan Negara yang tercinta ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut Filem ini hendaklah ditonton dan akan ditayangkan pada 30 Ogos 2009 jam 10 malam di TV2 atau astro 102. Jangan Ketinggalan menonton Filem ini.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Seluruh warga UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat Mengucapkan Salam Ramadhan Kepada pengunjung Blog ini. Semoga Ramadhan Tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan yang lepas.Selamat Berpuasa.

Friday, August 7, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


1- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

DAULAT TUANKU!!!DAULAT TUANKU!!!DAULAT TUANKU!!!!

Friday, July 17, 2009

Pidato Umum

Assalamualaikum WBT

Kepada Saudaraku Pewaris Bangsa..

Satu Pidato Umum akan diadakan pada :-

Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 0830 malam
Tempat: Dewan Semarak Timur, Kanchong Darat

Pemidato :
1. Sdr Ezam Md Nor
2. Ustaz Kamal Saidin

Saudara /saudari /tuan /puan di jemput hadir.

Terima kasih

Thursday, July 2, 2009

PAS : Luahan Hati Dari Anak Jati Kelantan

Tertarik juga apabila membaca artikel atau luahan perasaan daripada saudara kita ini semoga artikel ini menjadi panduan dan iktibar kepada para pengunjung blog ini.

Oleh: Anonymous


Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.


Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.


Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.


Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.


Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.


Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.


Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;


1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.

2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.


Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.


Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.


Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.


Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.


Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.


Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.


Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.


Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.


Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.


Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.


"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.


Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.


Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.


Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!


Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.


Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.


Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.


Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.


Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.


Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.


Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.


Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.


Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.


Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.


Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?

DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.


Buktinya?


SEJARAH... Belajarlah sejarah.


Lagi buktinya?


Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.


YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.


Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.


Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.


Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?


Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.


Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.


Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.


ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...


Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.


Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...


Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT

Sumber : Pemuda Telok Datuk / PISAU.net

Tuesday, June 30, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA LANGAT

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat:
Tarikh : 2 Ogos 2009
Masa : 8 pagi
Tempat : Dewan Besar Sungai Emas
Perasmian oleh : YB Dato' Noh B. Omar (Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor)

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat:
Tarikh : 26 Julai 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Besar ILP
Perasmian oleh : Kapt (B) Shaharuddin B. Omar (Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat)

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat:
Tarikh : 26 Julai 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Kuliah ILP
Perasmian oleh : Dato' Seri Dr. Shafie B. Mohd Salleh (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat)

Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat:
Tarikh : 26 Julai 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Besar Sungai Emas
Perasmian oleh : Dato' Hj Sulaiman B. Mohd Karli (Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat)

Sumber : Pemuda Telok Datok

Friday, June 26, 2009

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat 2009









Alhamdulillah...Persidangan tahunan UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat telah dapat di jalankan tanpa ada masalah.Ramai ahli-ahli yang telah hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka.Dalam Persidangan tersebut juga telah dijalankan acara memperingati jasa & pengorbanan Veteran-veteran UMNO Cawangan dalam memperjuangkan Agama, Bangsa, Parti & Negara yang tercinta ini. Semoga Generasi sekarang dapat mencontohi veteran-veteran UMNO ini.

Sunday, June 14, 2009

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat 2009


Assalamualaikum WBT

Kepada : Semua ahli-ahli UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat.

Adalah di maklumkan bahawa Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat akan diadakan pada :-


Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Komuniti Jalan Masjid


Sehubungan dengan itu semua ahli-ahli UMNO Cawangan dijemput hadir ke Persidangan tersebut bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang ahli UMNO.


Kehadiran anda semua adalah dialu-alukan demi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah.


Terima Kasih.

Monday, June 1, 2009

Persidangan Pergerakan Pemuda & Wanita





Alhamdulillah Persidangan Pergerakan Pemuda & Wanita UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat telah bersidang dengan jayanya dan dalam suasana harmoni. Kehadiran juga adalah amat membanggakan. Terima kasih serta tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli Pergerakan Pemuda & Wanita kerana dapat hadir bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang ahli UMNO. Di harap di Persidangan-persidangan yang akan datang akan lebih ramai lagi ahli-ahli yang dapat hadir. InsyaAllah. Berjuanglah demi Agama, Bangsa dan Negara. Semoga perjuangan kita akan diberkati oleh Allah SWT.InsyaAllah.

Saturday, May 30, 2009

Ceramah MOTIVASI JATIDIRI BANGSA MELAYU

Satu sessi Ceramah bertajuk MOTIVASI JATIDIRI BANGSA MELAYU akan diadakan pada:

Tarikh :31 Mei 2009
Masa : 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Dewan Wawasan Batu 9, Kg Medan Sijangkang

Penceramah : 1. Saudara Lokman Nor Adam (Exco Pemuda Umno Malaysia)
2. Dato' Zainal Abidin Sakom

Semua yang berminat di jemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Terima Kasih.

Wednesday, May 27, 2009

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Kanchong Darat Barat Tahun 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Kanchong Darat Barat akan berlangsung pada :

Tarikh : 30 Mei 2009 ( Sabtu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Rumah Puan Hjh Jamaliah bt hj Misbah

Semua ahli Wanita Cawangan di jemput hadir bagi menunaikan tanggung jawab sebagai seorang ahli UMNO.

Terima kasih.

Selamat Bersidang

Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Kanchong Darat Barat Tahun 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Kanchong Darat Barat akan berlangsung pada :

Tarikh : 29 Mei 2009 ( Jumaat )
Masa : 8.30 malam
Tempat : Rumah En. Mohd Taufiq b Mohd Mahapol

Semua ahli Pemuda Cawangan di jemput hadir bagi menunaikan tanggung jawab sebagai seorang ahli UMNO.

Terima kasih.

Saturday, May 23, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama YB Tuan Ahmad Maslan




Satu program ramah mesra bersama YB Tuan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama barisan Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Langat dan UMNO Cawangan di Bahagian Kuala Langat telah diadakan pada 20 Mei 2009 jam 8.30 malam di Dewan Sri Jugra Telok Datuk. Program ini adalah untuk memberi dorongan dan semangat kepada semua Ketua Penerangan Bahagian dan Ketua-ketua Penerangan UMNO Cawangan dan sayap-sayap UMNO untuk bergerak memberi info-info tentang keadaan semasa UMNO kepada seluruh ahli-ahli dan pengundi-pengundi. YB Tuan Ahmad Maslan juga telah memberi input-input dan formula-formula yang berkesan untuk dijadikan panduan kepada seluruh ketua-ketua Penerangan. Majlis sebegini adalah di harap dapat di anjurkan dengan lebih kerap supaya peringkat akar umbi dapat mengetahui tentang isu-isu yang kurang di fahami. Ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kelompok akar umbi dan Barisan Kepimpinan UMNO Malaysia

Sunday, May 17, 2009

Majlis Siri Jelajah Pemuda UMNO Kuala Langat siri 3 DUN Morib






Majlis Siri Jelajah dan taklimat khas sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Kuala Langat oleh Pemuda UMNO Kuala Langat siri 3 DUN Morib Telah diadakan pada 15 Mei 2009 di Dewan Sri Cempaka berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Bacaan surah Yaasin, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah bersama ahli kariah surau terbabit di Surau Sri Cempaka. Selepas selesai solat semua Pemuda beramah mesra bersama ahli kariah surau sambil menikmati juadah yang telah di sediakan bersama kepimpinan Pemuda UMNO Kuala Langat dan Ketua UMNO Bahagian iaitu YBhg Dato' Sulaiman Hj Karli. Selesai menikmati juadah Semua Pemuda bergerak ke Dewan Sri Cempaka untuk sessi Taklimat yang di sampaikan oleh pimpinan Pemuda UMNO Kuala Langat. Majlis berakhir pada jam 12.00 mlm. Diharap program-program seperti ini akan dapat di perbanyakkan dan kerap dilakukan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi penduduk-penduduk serta dapat mengetahui permasalahan yang telah berlaku di tempat-tempat yang berkenaan. Akhir kalam salam perjuangan dan teruskanlah aktiviti-aktiviti yang baik demi Agama, Bangsa dan Negara.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

+ Ikhsan dari laman umno-online
Kami dari seluruh Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat mengucapkan Selamat Hari Guru. Tanpa Guru siapalah kita. Guru yang mendidik dan menjadikan seluruh anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Friday, May 15, 2009

Jawatankuasa UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat 2008 - 2011


PENGERUSI TETAP
YBHG TUAN HJ MOHD YAAKOB BIN HJ ADNI
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
EN. SUFYAN BIN IDRIS

KETUA CAWANGAN
EN. MOHD AYUB BIN HJ ADNI
TIMBALAN KETUA CAWANGAN
EN. MOHD ZUHRISHAHBANA BIN MOHD YUSOFF

SETIAUSAHA
EN. MOHAMMAD IZAM BIN MAT SEHAP
BENDAHARI
EN. PONIRAN BIN LEGIMIN
KETUA PENERANGAN
EN. ABD HAMID BIN HUSSEIN

KETUA PER. PEMUDA
EN. MOHD KHAIRUL AZHAR BIN HJ SUT JONOH
KETUA PER. WANITA
PUAN HJH NORIAH BINTI HUSSAIN
KETUA PER. PUTERI
CIK NORLIYANA BINTI HAMDAN

AHLIJAWATANKUASA
EN. AQBALLUDIN BIN HJ ISHAK
EN. RAMLAN BIN MAT SALIMI
EN. AHMAD SARIM BIN HJ BASIRAN
PUAN SHAMSINAR BINTI SHAARI
EN. RUSMAN BIN RUSDI
PUAN HJH MAIMUN BINTI HJ MURAD
EN. NORKAMAL BIN HJ AHMAD
PUAN HALIZA BINTI MOHD YUSSOF
EN. ABD GHAFUR BIN HJ ISHAK
PUAN HJH MAHAROM BINTI HJ LUNATI
PUAN MASUHAILA BINTI AMIR
PUAN NORAZIRAH BINTI OTHMAN
EN.NGIMAN BIN BAJURI
PUAN SITI SALEHA BINTI SUBARI
EN. JOHARI BIN MOHD AMIN
EN. MUSA BIN SABRI
PUAN HAJAH RABEAH BINTI ABDUL LATIF
EN. MOHD JAMIN BIN RAIME
PUAN HAJAH JAMALIAH BINTI MISBAH
TUAN HJ MOHD ANUAR BIN MISRAN
TUAN HJ MOHD AKIM BIN MAT
PUAN ASMAH BINTI TUGIMAN
PUAN RUJIAH BINTI SAHADI
PUAN MUHAINI BINTI HJ OMAR
EN. MOHSERI BIN DARMAN
PUAN SITI MAHANI BINTI KAMARUDDIN
EN. MOHD AZMI BIN SUJUD

PEMERIKSA KIRA-KIRA
EN. MOHD YUSSOF BIN SAJURI
EN. HAIRUL HADAFI BIN DATO’ HJ HAMZAH

Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat 2008 - 2011

PENGERUSI TETAP
SDR. IDRIS BIN HJ AHMAD
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
SDR. MOHD NIZMAN BIN MOHD YUSOF

KETUA PEMUDA
SDR. MOHD KHAIRUL AZHAR BIN HJ SUT JONOH
NAIB KETUA PEMUDA
SDR. AHMAD SHARIM BIN HJ BASIRAN
PENOLONG SETIAUSAHA
SDR. MOHAMMAD IZAM BIN MAT SEHAP
PENOLONG BENDAHARI
SDR. HAIRUL HADAFI BIN DATO’ HAJI HAMZAH
KETUA PENERANGAN
SDR. MOHD TAUFIQ BIN MOHD MAHAPOL

AHLIJAWATANKUASA
SDR. MOHD ILMAN BIN MISRON
SDR. MOHAMMAD IZAM BIN MAT SEHAP
SDR. HAIRUL HADAFI BIN DATO’ HAJI HAMZAH
SDR. MOHD TAUFIQ BIN MOHD MAHAPOL
SDR. MOHD SAPIP BIN ROSLI
SDR. AZLI BIN LEMAN
SDR. SAZALI BIN SALIM
SDR. AZUWAN BIN MOHD SAAD @ SYED
SDR. MADZAHAR KAMAL BIN MUSIRAN
SDR. YUSZAINI BIN ROSLAN
SDR. ISMAIL BIN MOHD AGUS
SDR. MOHD FAHMI BIN JAMALUDIN
SDR. INFIZAR BIN AHAMAD KAMAL

Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat 2008 - 2011

PENGERUSI TETAP
TIADA
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
TIADA

KETUA PUTERI
CIK NORLIYANA BT HAMDAN

NAIB KETUA PUTERI
PUAN NORAZIRAH BT OTHMAN

SETIAUSAHA
EN. MOHAMMAD IZAM BIN MAT SEHAP

PENOLONG SETIAUSAHA
CIK NOOR ADILAH BT MOHD MAHAPOL
PENOLONG BENDAHARI
PUAN MASUHAILA BT AMIR

KETUA PENERANGAN
BELUM DILANTIK
AHLIJAWATANKUASA
CIK ROZY HAZRINA BT HJ MOKHTAR
PUAN MASUHAILA BINTI AMIR
PUAN SALMAH BT HJ AHMAD
PUAN NAZATUL FARIZA BT MOHD NASIR
PUAN NORLAILI BT MARLANG
PUAN SURIYAWANIS BT MAHMUR
PUAN NORLIZA BT MARLANG

PEMERIKSA KIRA-KIRA
EN. MOHD YUSSOF BIN SAJURI
EN. HAIRUL HADAFI BIN DATO’ HJ HAMZAH





‘Puteri Prihatin Generasi Gemilang’

JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN


PENGERUSI TETAP :
TIADA

TIMBALAN PENGERUSI TETAP :
PUAN HALIZA BT MOHD YUSSOF

KETUA WANITA :
PUAN HJH NORIAH BT HJ HUSSEIN
NAIB KETUA WANITA :
PUAN HJH MAIMUN BT CHE MURAD

SETIAUSAHA :
SDR. MOHAMMAD IZAM BIN MAT SEHAP

PENOLONG SETIAUSAHA :
PUAN ASMAH BINTI TUGIMAN
PENOLONG BENDAHARI :
PUAN HJH AISYAH BT HJ OMAR
KETUA PENERANGAN :
PUAN HJH RABEAH BINTI ABDUL LATIF
AHLIJAWATANKUASA :
PUAN HJH JAMALIAH BT MISBAH
PUAN HJH MAHAROM BINTI LUNATI
PUAN HJH HALIZAH BT HJ KHAFIDZ
PUAN NORLAILA BT HUSSIN
PUAN SITI MAHANI BT KAMARUDIN
PUAN HJH RUJIAH BT SAHADI
PUAN MUHAINI BT HJ OMAR
PUAN HJH RUSINAH BINTI HJ SUJAK
PUAN AZAMAH BINTI MOHD ALI
PEMERIKSA KIRA-KIRA :
PUAN SITI SALEHA BT SUBARI
PUAN MISSLINA BT HJ IBRAHIM

Road Show Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat

Sukacitanya dimaklumkan bahawa barisan pimpinan Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat akan mengadakan siri jelajah serta taklimat khas sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Kuala Langat yang akan berlangsung dari 15hb Mei 2009 sehingga 30hb Jun 2009 kelak.Sehubungan dengan itu semua Ketua Pergerakan Pemuda/Naib Ketua Pemuda/Pen. Setiausaha/Ketua Penerangan dengan ini DIWAJIBKAN menghadiri siri jelajah ini pada:

SIRI JELAJAH 3 (DUN MORIB)
TARIKH : 15HB MEI 2009
MASA : 7.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI SRI CEMPAKA
Harap semua dapat menghadirkan diri dalam menjayakan program ini. Terima kasih!

Selamat Datang



Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun UMNO yang ke 63. Semoga segala perjuangan untuk memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara di redhai oleh Allah SWT. Selamat datang kepada seluruh ahli-ahli UMNO khususnya ahli-ahli daripada UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat. Tujuan laman blog ini di wujudkan adalah untuk memberi info-info, aktiviti semasa serta perkembangan tentang UMNO dan khusunya perkembangan terkini tentang perjalanan serta perjuangan yang di bawa oleh UMNO Cawangan Kanchong Darat Barat. Di harap dengan adanya laman blog ini seluruh ahli UMNO Cawangan ini mendapat info-info dan perkembangan terkini daripada Jawatankuasa UMNO Cawangan serta Jawatankuasa sayap-sayap UMNO Cawangan. Selamat berblog. Wassalam.